Dalam aksi tersebut, Nadal, 31, kalah 6-7, 7-6, 4-6 dan beberapa minit selepas itu, pemain kelahiran Sepanyol ini mengumumkan penarikan dirinya selepas sudah mencuba untuk beraksi sebaik mungkin agar tidak mengecewakan penganjur dan peminatnya.

Sebaik berakhir perlawanan itu, terpancar di wajahnya akan kesakitan lutut yang terpaksa ditanggung sebelum mengakui mustahil baginya untuk meneruskan cabaran di sini kerana tidak berada pada prestasi terbaik. - AFP