Majlis pelancaran di Dataran Bandaraya Johor Bahru itu disempurnakan oleh Presiden JDT, Tunku Aminah Sultan Ibrahim.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim dan  Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Fahmy Yahya serta disaksikan ribuan penyokong kelab Harimau Selatan.

Saingan Liga Malaysia musim ini menyaksikan Harimau Selatan sekali menampilkan Nike sebagai penaja rasmi bagi kit pasukan itu berdasarkan perjanjian selama tiga tahun bersama jenama terkemuka Amerika Syarikat tersebut yang telah dimeterai musim lalu.

Selain pasukan utama JDT, tiga pasukan lain yang bernaung di bawah Kelab Bolasepak JDT,
JDT II (Liga Perdana), JDT III (Piala Presiden) dan JDT IV (Liga Belia) turut mendapat tajaan yang sama.

Jersi terbaharu menaampilkan tiga warna simbolik, iaitu biru sebagai kit rumah (home), merah kit pelawat (away) dan biru cair kit ketiga (alternatif). - UTUSAN ONLINE