JAWAIRIAH NOORDIN
JAWAIRIAH NOORDIN

Setelah 16 tahun temasya dwi tahunan tersebut kembali semula ke tanah air, pemain utama Malaysia itu menyimpan impian berkenaan yang dirasakannya mampu menjadi realiti jika persembahan terbaik mampu dipamerkan ketika beraksi di dalam gelanggang kelak.

“Kalau ditanya tentang warna kilauan pingat, saya lebih selesa untuk merahsiakannya, tetapi impian saya sejak dulu memang hendak menjejakkan kaki ke perlawanan akhir. Selepas itu, baharulah kita fikir tentang warna pingat,” kata Jawairiah ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut pemain yang bakal menginjak usia 27 tahun pada Oktober ini, walaupun sedar bakal berdepan laluan getir bertemu pesaing dari negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia, dia tetap yakin jika berbekalkan kekuatan mental dan tahap kecergasan yang tinggi.

Jelas Jawairiah, dalam mana-mana sukanpun, kejutan ke atas pemain pilihan sering kali berlaku dan tidak mustahil barisan pemain Malaysia termasuk dirinya berupaya berbuat demikian pada KL 2017 nanti.