Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan yang bermula hari ini.

Atlet peluncur ais negara Julian Yee diberi penghormatan untuk membawa Jalur Gemilang di Stadium Olimpik Pyeongchang dalam upacara pembukaan malam ini. Kontinjen kecil Malaysia turut disertai Ketua Kontinjen, Datuk Dr. Mumtaz Jaafar, peluncur alpine ski Jeffrey Web dan pengurus pasukan Irene Cheow.

“Walaupun Malaysia tidak mempunyai musim sejuk namun kita dapat membuat penampilan dalam temasya ini dan ini juga merupakan penghormatan kepada saya untuk membawa Jalur Gemilang,” kata Julian.

Ini adalah kali pertama Malaysia membuat penampilan dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk. – UTUSAN ONLINE