Jabeur, yang menghuni ranking ke-101 dunia dan melayakkan diri daripada pusingan kelayakan, menewaskan lawannya itu dalam tempoh satu jam, 37 minit.

“Kemenangan ini sesuatu yang menakjubkan dan saya sangat gembira. Saya telah memberikan segala-galanya dan bukan mudah sebenarnya kerana dia bermain dengan sangat baik.

“Mungkin saya terlalu santai dalam set kedua. Namun, pada set terakhir, saya terus bersikap tenang. Saya sedikit kecewa tadi kerana saya melepaskan beberapa bola mudah, tetapi saya kata kepada diri sendiri saya hanya mahu mengekalkan rentak permainan saya,” kata Jabeur yang berusia 24 tahun.

Pada perlawanan akhir yang akan berlangsung hari ini, Jabeur bakal bertemu pilihan keenam, Daria Kasatkina dari Rusia yang merupakan naib juara tahun lalu setelah dia menewaskan pemain Britain, Johanna Konta 6-4, 6-3 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Satu-satunya kekalahan Jabeur di tangan Kasatkina sepanjang kariernya ialah pada Sukan Olimpik Rio pada 2016. - AFP