Anak jati Perak itu mencatat masa 13.60 saat untuk meraih emas acara 110 meter lari berpagar, manakala pingat perak dan gangsa, masing-masing diraih Kentaro Soga dari Jepun dan Mark Brian Louis dari Singapura dengan catatan 13.64 saat serta 13.74 saat, demikian menurut laman sesawang kejohanan - www.ayc19.hkaaa.com.

Malaysia hanya menghantar empat atlet sahaja pada kejohanan dwitahunan itu yang disertai 436 atlet dari 31 negara Asia, anjuran Persatuan Olahraga Amatur Hong Kong (HKAAA) yang bermula secara rasmi hari ini.

Edisi pertama kejohanan berlangsung di Doha, Qatar pada 2015 manakala edisi kedua diadakan di Bangkok, Thailand pada 2017. - BERNAMA