Katanya, lebih banyak penyer­taan dalam kejohanan antarabangsa juga mampu untuk me­ningkatkan kemahiran individu selain dapat membiasakan diri apabila beraksi dalam saingan seperti Olimpik.

“Kadang-kala kami kekura­ngan keyakinan apabila tidak banyak menyertai kejohanan dan saya memang memerlukan lebih banyak pertandingan antarabangsa.

“Pengalaman beraksi dalam Sukan Olimpik di Rio memang banyak memberikan saya penge­tahuan baharu iaitu kita perlu sentiasa tenang sebelum memulakan persaingan untuk mendapatkan keputusan positif,” katanya.

Nur Dhabitah menamatkan aksi di tempat kesembilan daripada 12 peserta dalam saingan akhir terjun 10 meter platform wanita individu Sukan Olimpik Rio.

Itu adalah pencapaian positif buat Nur Dhabitah yang kali pertama menyertai Sukan Olimpik yang menjadikannya sebagai prospek negara untuk meraih pingat di Tokyo empat tahun lagi.

Sementara itu, Nur Dhabitah memberitahu dia tidak pernah menjangka berupaya melangkah ke peringkat akhir Sukan Olimpik kerana sedar persaingan lebih kompetitif dalam acara di­sertainya.

“Jurulatih saya telah banyak membantu saya dalam meningkatkan semangat untuk saya ber­aksi lebih baik terutama ketika separuh akhir.

“Bagi saya beraksi dalam Sukan Olimpik kali pertama adalah sesuatu yang amat bertuah buat saya, dan saya akan berusaha untuk meraih kecemerlangan selepas ini. Dalam masa sama saya perlu memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya.