Joko atau lebih mesra disapa Jokowi mengumumkan hasrat tersebut setelah mengadakan mesyuarat bersama kedua-dua presiden melibatkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Olimpik Asia (OCA)

“Dengan pengalaman kami dalam menganjurkan Sukan Asia ke-18, kami pasti Indonesia juga boleh menjadi tuan rumah acara yang lebih besar,” kata Jokowi dalam satu kenyataan selepas pertemuan itu.

Presiden IOC, Thomas Bach menyambut baik pencalonan Indonesia, negara keempat yang paling ramai penduduknya di dunia, dengan mengatakan bahawa Sukan Asia menyediakan ‘asas kukuh’ untuk membida Olimpik 2032.

“Oleh kerana Sukan Asia ini, dengan kejayaan besar ini, Indonesia telah menunjukkan bahawa mereka mempunyai semua ‘bahan asas’ untuk menganjurkan Sukan Olimpik dengan baik,” kata Bach.- AGENSI