Lakonan Federer, 37, pemilik 20 gelaran Grand Slam disifatkan ‘sangat mengerikan’ ketika dia mempromosikan seluar jeans Uniqlo.

Dalam iklan tersebut, bintang tenis Switzerland itu dilihat bermain piano sambil meninggalkan mesej kepada penonton.

“Masa saya di luar gelanggang, sama pentingnya dengan masa saya ketika beraksi kerana tenis hanyalah permulaan cerita saya.

“Saya baru hendak bermula.

“Hidup saya. Jeans saya. Seluar jeans yang tulen untuk keselesaan sepanjang hari,” katanya dalam iklan berkenaan.

Majalah pengiklanan Austra­lia B & T memberi ulasan yang teruk dengan tajuk: “Kesalahan berganda! Bintang tenis Roger Federer dalam iklan Uniqlo yang amat buruk.

B & T turut melabelkan iklan tersebut sebagai ‘sangat mengerikan’ disebabkan skil lakonan Federer yang amat lemah.

“Tidak dapat dipastikan siapa agensi yang berada di belakang iklan yang agak teruk, namun jurucakap jenama tersebut menjelaskan mesej yang cuba disampaikan adalah jaguh tenis itu ‘menikmati kehidupan di rumah dengan berseluar jeans,” tulis B & T.

Laman web Branding In Asia pula menyifatkan iklan tersebut sebagai ‘kurang memberi inspirasi’.

“Kami menilai kedudukannya agak rendah dalam skala inspirasi.

“Mari kita bersikap jujur, Federer sepatutnya boleh me­nunjukkan lakonan yang lebih bersemangat,” tulisnya. – AGENSI