Walaupun pada awalnya dua kali ketinggalan hasil jaringan pemain lawan, Vivek Prasad pada minit ke-3 dan 6, skuad negara bangkit menyamakan kedudukan seterusnya meremukkan hati skuad India menerusi dua jaringan Akhimullah Anuar pada minit ke-14 dan 19, Firadus Rosdi minit ke-5 dan Amirul Azhar minit ke-18.

Ini merupakan emas kedua kontinjen negara selepas kejayaan Goh Jin Wei menjuarai acara badminton perseorangan wanita dengan mengejutkan pemain China, Wang Zhiyi 16-21, 21-13, 21-19 pada 12 Oktober lalu.

Lebih manis pencapaian skuad hoki meraih emas buat kali pertama dalam sejarah penyertaan di YOG hari ini hadir turut diiringi dengan kejayaan Akhimullah muncul penjaring terbanyak temasya dengan 22 gol. UTUSAN ONLINE