Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Van Huizen hanya tukar seorang pemain

SYED MOHAMAD SYAFIQ SYED CHOLAN digugurkan kerana masalah kecergasan dan digantikan oleh  Mohammad I
SYED MOHAMAD SYAFIQ SYED CHOLAN digugurkan kerana masalah kecergasan dan digantikan oleh Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin (kanan).

KUALA LUMPUR 2 Jun – Pemain pertahanan Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin kembali ke dalam skuad hoki negara yang akan bersaing dalam Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di London bulan ini.

Izad, yang pulih daripada masalah kecergasan, dimasukkan semula ke dalam skuad bimbingan Stephen Van Huizen berikutan kecederaan yang menimpa Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan. Izad kali ter­akhir bermain bersama Malaysia Tigers dalam Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Bangladesh dua bulan lalu.

Skuad yang akan bersaing di London pada 15-25 Jun ini pada dasarnya tidak mengalami per­ubahan daripada senarai pasukan yang menduduki tempat kelima daripada enam pasukan dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh bulan lalu, kecuali pengguguran Syed Mohamad.

“Izad kini berada pada tahap terbaik untuk menggalas cabaran negara di London selepas digugurkan akibat masalah kecergasan. Dia kini telah pulih daripada demam denggi.

“Sebanyak 18 pemain dengan usia sekitar 25 tahun dipilih dalam kalangan yang terbaik. Saya yakin mereka mampu membawa pasukan kita berada dalam kelompok empat terbaik sewaktu saingan kumpulan, sekali gus menempah slot ke pusi­ngan akhir (WHL) di Bhubaneswar, India pada Disember tahun ini.

“Persaingan antara mereka (pemain) terutama di bahagian serangan sangat sengit, sehingga memaksa saya memilih dengan teliti siapa penyerang terbaik dan benar-benar bersedia,” katanya dalam sidang akhbar di Stadium Hoki Tun Razak di sini, hari ini.

Skuad Malaysia Tigers dijadual ke London pada Rabu ini dan bakal mengharungi tiga ujian perlawanan pemanas badan iaitu menentang pasukan pembangunan Great Britain pada 9 Jun, Wales (11 Jun) dan Kanada (13 Jun).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain