TNB mara ke suku akhir selepas mengatasi Maybank 2-1 menerusi penalti penentuan selepas masing-masing terikat 1-1 dalam masa penuh perlawanan di pusingan 16 pasukan ter­akhir hari ini.

KLHC pula mendapat laluan mudah apabila lawannya Kedah menarik diri pada saat akhir, sekali gus melepasi pusingan 16 terakhir tanpa perlu berpeluh.

Susulan daripada itu, Faiz berkata, KLHC kini memiliki kelebihan dari segi tenaga menjelang pertemuan esok, lebih-lebih lagi setelah TNB kehabisan tenaga ketika menumbangkan Maybank dalam perlawanan sengit di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu.

“Kami berhempas pulas untuk menundukkan mereka. Sepatutnya kami boleh menang dalam tempoh 60 minit sebab kami banyak menguasai permainan.

“Kami ada cipta peluang namun gagal menghasilkan gol. Kiranya kami hari ini menang nasib kerana me­ngatasi mereka menerusi penalti penentuan.

“Kami akan meneliti vi­deo perlawanan tadi untuk mengesan kekurangan yang ada dan memperbaikinya. Kemudian kami ingin berehat secukup­nya,” ujar Faiz yang menimang cahaya mata sulungnya semalam.