Bekas kapten skuad kebangsaan yang pernah beraksi dalam Sukan Olimpik dan Piala Dunia itu mendedahkan, tiga sebab menjadi punca beliau mengambil keputusan drastik itu.

Sikap tidak tetap pendirian Pengarah Teknikal MHC, Terry Walsh mengenai kelemahan skuad negara dalam menyempurnakan pukulan sudut penalti di Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka dan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh antara sebab keputusan itu dibuat.

Beliau juga mempersoalkan tahap kesihatan Joel Van Huizen, iaitu anak kepada ketua jurulatih negara, Stephen Van Huizen yang rebah dua kali semasa suku akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia bertemu Sri Lanka ketika bertemu Mesir.

Soon Kooi memberitahu, kemun­cak kekecewannya adalah pelantikan Paul Lissek selaku penasihat pasukan hoki dalam dewan negara bagi persiapan Sukan SEA 2017.

“Pada mulanya saya minta Walsh mencuba Lissek beberapa hari de­ngan tawaran gaji minimun tetapi selepas tiga minggu, saya dapat tahu dia dibayar enam kali ganda lebih besar. Semua ini berlaku di luar pengetahuan saya,” tegasnya.