Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian I. Vikneswaran berjaya menjulang trofi kejuaraan itu buat kali kelima dalam tempoh enam tahun.

THT membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan pemain import Korea Selatan, Jang Jong Hyun.

Rakan senegara Jong Hyun, Jung Man Jee terus meletakkan THT selesa di hadapan menerusi jaringan kedua juga menerusi pukulan sudut penalti.

UniKL bagaimanapun berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Muhammad Razie Abd. Rahim pada minit ke-44, hasil pukulan sudut penalti namun ia tidak mencukupi untuk membantu pasukan itu mengheret permainan ke penentuan penalti. - UTUSAN ONLINE