Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Subahan sedia ‘angkat kaki’

Jika skuad lelaki kebangsaan gagal ke Piala Dunia 2018

SUBAHAN KAMAL
SUBAHAN KAMAL

KUALA LUMPUR 13 Mei – Pre­siden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal tanpa rasa was-was melaungkan kesediaan untuk berundur daripada menerajui badan induk tersebut jika gagal membawa skuad lelaki kebangsaan melayakkan diri ke pentas Piala Dunia 2018 secara merit.

Jelas Subahan, tiada alasan untuk beliau kekal berada di kerusi No. 1 MHC memandangkan melayakkan skuad kebangsaan ke Piala Dunia tahun depan merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkannya sejurus memegang jawatan Presiden pada 2015.

“Apa guna kalau sudah dua tahun (menerajui MHC) dan membelanjakan wang daripada penaja dengan sebegitu banyak, tetapi skuad kita masih terkapai-kapai untuk layak ke Piala Dunia.

“Maka saya rasa saya tiada alasan untuk kekal di sini. Saya fikir MHC perlu mencari pemimpin baharu. Jadi kalau mereka tidak layak pada perlawanan merebut laluan ke Piala Dunia Jun ini, saya akan buat (letak jawatan).

“Saya tak gentar...saya yakin Malaysia akan layak ke Piala Dunia secara merit,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MHC ke-64 di sini hari ini.

Skuad Malaysian Tigress perlu sekurang-kurangnya menamatkan saingan di tempat keenam teratas dalam kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di London, England pada 15 hingga 25 Jun ini, untuk menempah tiket ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.

Dalam pada itu, Subahan mengarahkan Pengarah Teknikal MHC, Terry Walsh dan jurulatih Stephen Van Huizen mencari jalan penyelesaian terhadap pukulan sudut penalti skuad kebangsaan yang dilihat lemah ketika beraksi pada Piala Sultan Azlan Shah baru-baru ini, sebelum mereka berlepas ke London.

“Saya sangat berpuas hati de­ngan prestasi pasukan kita dalam kejohanan itu. Saya dah jelaskan dari awal, kita menyertai kejohanan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Malaysia untuk berdepan pasukan 10 terbaik dunia.

“Di sana kita dapat lihat mana kelemahan yang ada. Jelas kita dah nampak, kekurangan kita adalah dalam pukulan sudut pe­nalti,” katanya.

Malaysia menamatkan saingan di tempat tercorot iaitu tangga ke-12 pada Piala Dunia 2014 Belanda, yang juga rekod terburuk sepanjang tujuh kali penyertaan dalam kejohanan berprestij dunia itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain