Di atas kertas, SSTMI Thunderbolt menjadi pilihan kerana memiliki reputasi lebih unggul berban­ding AHP-MSP yang dapat beraksi di pentas final buat kali pertama selepas sekian lama mencuba.

Pengurus SSTMI Thunderbolt, Adam Izamry Id­rus amat berkeyakinan barisan pemainnya tidak akan kecewa lagi.

“Memang sasaran tahun ini adalah untuk mempertahankan kejua­raan liga dan memenangi Piala TNB.

“Sekarang kami sudah terlepas mempertahankan kejuaraan liga dan kekecewaan itu sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Kini peluang yang tinggal hanyalah Piala TNB,” kata Adam.

Sementara itu, jurula­tih AHP-MSP, Mohd. Sufian Muhammad mengakui, SSTMI adalah pasukan yang bagus, namun pasukannya tidak akan memberi laluan mudah kepada mereka.

“Sudah lama kami mengimpikan untuk mara ke pentas final dan ak­hirnya impian ini menjadi kenyataan.

“Bagi saya peluang kedua-dua pasukan dalam perlawanan akhir nanti adalah 50-50, tambahan pula kami adalah pasukan adik-beradik di bawah program TNB dan sering bertemu,” kata Adam.