Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SSTMI juara Piala TNB

PEMAIN SSTMI meraikan kejayaan memenangi Piala TNB 2017 selepas
PEMAIN SSTMI meraikan kejayaan memenangi Piala TNB 2017 selepas menewaskan AHP-MSP dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur malam ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

Gelaran itu membolehkan SSTMI mengubat kekecewaan gagal mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Remaja Kebangsaan pada musim ini.

Perlawanan akhir di Stadium Hoki Tun Razak, di sini terpaksa ditentukan menerusi penalti shoot-out setelah kedudukan terikat 2-2 dalam permainan sebenar yang menyaksikan SSTMI lebih banyak menguasai perlawanan namun gol awal perlawanan diperoleh AHP-MSP menerusi jaringan padang Hazzim Amin Hafidz pada minit kelapan.

Bagaimanapun, SSTMI mudah menyamakan kedudukan seminit selepas itu menerusi jaringan padang Akhimullah Anuar Esook.

SSTMI terus mengasak kawasan D lawan dan berjaya mendahului 2-1 menerusi pukulan sudut penalti Fikri Amerrunizzar minit ke-24 tetapi AHP-MSP berjaya menyamakan kedudukan pada suku keempat hasil pukulan sudut penalti yang dimanfaatkan dengan baik oleh Idris Samad pada minit ke-55 dan kedudukan 2-2 kekal hingga memaksa pemenang ditentukan menerusi penalti shoot-out.

Sementara itu dalam saingan akhir wanita menyaksikan pasukan SSTMI muncul juara selepas menewaskan Wipers-KLSS, juga menerusi penalti shoot-out 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1. – UTUSAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain