Gol pembukaan India hadir pada minit ke-10 setelah percubaan gol padang oleh Harmanjit Singh gagal diselamatkan penjaga gol Malaysia, Adrian Albert.

Sementara gol kedua India hadir pada minit-47 menerusi gol padang Shilanand Lakra yang sekali lagi menewaskan penjaga gawang negara.

Percubaan skuad remaja negara mencipta jaringan akhirnya berhasil satu minit kemudian menerusi gol padang Muhammad Hafizuddin Zaidi. - UTUSAN ONLINE