Stephen Van Huizen
Stephen Van Huizen

WHLR2 akan diadakan di tiga tempat berbeza iaitu di Ireland, Dhaka dan Tacarigua, Trinidad and Tobago.

Malaysia diundi berada dalam WHLR2 di Tacarigua pada 25 Mac hingga 2 April ini dan keputusan Kanada menarik diri daripada persa­ingan di Dhaka menimbulkan khabar angin bahawa skuad negara mungkin akan mengisi tempat mereka di Bangladesh.

Bagaimanapun, hingga hari ini belum ada keputusan rasmi daripada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Van Huizen berkata, sekiranya berlaku perubahan seperti yang dikatakan, pasukannya tetap bersedia untuk menghadapinya kerana Malaysia tetap kekal selaku pilihan utama kejohanan di Dhaka begitu juga di Tacarigua.

“Ya, saya ada mendengar khabar angin bahawa kami akan menggantikan Kanada namun keputusan rasmi ha­nya akan dikeluarkan oleh MHC dan FIH.

“Ketika ini, apa yang boleh saya katakan ialah pasukan sentiasa bersedia dan jika berlaku perubahan maka jadual juga terpaksa diubah kerana kempen di Dhaka berlangsung lebih awal (4 hingga 12 Mac) berbanding di Tacarigua,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.