Skuad Malaysian Ti­gress itu yang sedang membuat persiapan rapi untuk Sukan Asia 2018, sebelum ini terikat 1-1 dan 2-2, menen­tang pasukan yang sama.

Nuraini Rashid menjadi wirawati negara apabila menjaringkan dua gol, manakala satu lagi jaringan dihasilkan menerusi sentuhan Hanis Nadia Onn.

Mengulas mengenai aksi itu, Ketua Jurulatih Muhammad Dharmaraj Abdullah gembira dengan prestasi anak buahnya yang berjaya menyudahkan tiga daripada lima pukulan sudut pertama.

“Kita tak bagi sebarang peluang dan pukulan sudut kepada lawan pada suku terakhir. Ini adalah baik kerana kita selalu tewas apabila kita mendahului macam perlawanan kedua dan kita mendahului 2-0 dan berakhir dengan 2-2,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Skuad Malaysian Tigress seterusnya akan bertemu QAS pada pukul 3 petang (waktu Malaysia) esok dan 1 tengah hari Ahad, untuk melengkapkan jelajah Australia itu. – BERNAMA