Ternyata kekalahan pada aksi pembukaan kepada England tidak mematahkan semangat skuad bimbingan jurulatih Stephen Van Huizen untuk menjaringkan tiga gol dalam perlawanan di Stadium Hoki Gold Coast, pagi tadi.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Fitri Saari melalui pukulan penalti stroke pada minit ke-19, Joel Van Huizen (min. 36 pc) dan Faizal Saari (min. 55).

Malaysia yang berada dikedudukan ke-12 dunia akan bertemu pasukan keenam dunia, India dan Pakistan (no. 13) pada 10 dan 11 April ini. - BERNAMA