Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Skuad hoki perlu lebih konsisten

Khairy Jamaluddin (kanan) berkata sesuatu kepada anggota pasukan
Khairy Jamaluddin (kanan) berkata sesuatu kepada anggota pasukan TSG yang turut menyertai Program Kayuhan Santai Permatang Pauh, semalam. utusan/Sazali Che Din

PERMATANG PAUH 7 mei - Pasukan hoki negara digesa tampil lebih konsisten bagi menghadapi apa sahaja kejohanan yang akan datang khususnya dalam separuh akhir Liga Hoki Dunia di London bulan depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana skuad kendalian Stephen Van Huizen itu mempunyai potensi besar berdasarkan ranking ke-14 dunia ketika ini namun masalah mudah hilang fokus ketika berdepan pasukan-pasukan utama dunia terus menghantui kem negara.

Khairy berkata, beliau secara peribadi berharap skuad yang digelar Malaysia Tigers itu mampu membuktikan keupayaan sebenar mereka apabila mengibarkan cabaran negara dalam Separuh Akhir Liga Hoki Dunia jika hendak layak ke Piala Dunia.

“ Saya sebut dari dahulu lagi soal konsisten, jika hendak layak ke Piala Dunia tahun depan, kena buktikan dengan pencapaian yang hebat pada Liga Hoki Dunia,” katanya selepas merasmikan Program Kayuhan Santai Permatang Pauh di sini hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas pencapaian skuad negara yang sekadar menduduki tempat kelima dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak yang berakhir malam tadi.

Pencapaian berkenaan sekaligus gagal mengulangi kedudukan tempat keempat tahun lepas malahan skuad negara bermula dengan perlahanan apabila sekadar seri 1-1 menentang Jepun sebelum tunduk 1-6 kepada gergasi hoki dunia, AustRalia , (0-1) Great Britian dan New Zealand namun berjaya menewaskan India (1-0) dan Jepun 3-1 dalam penentuan tempat kelima dan keenam.

Sementara itu, Khairy berkata, pihaknya yakin skuad berbasikal negara mampu muncul juara keseluruhan dalam acara berbasikal pada Sukan Sea di Kuala Lumpur Ogos ini.

Katanya, skuad berbasikal yang diketuai juara dunia acara keirin Azizulhasni Awang diharap menguasai velodrom Nilai dengan merangkul sebanyak mungkin pingat emas yang ditawarkan.

“Kita juga berharap skuad berbasikal lebuh raya mampu mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam acara berkenaan di Singapura dua tahun lalu dan seterusnya muncul juara keseluruhan,” katanya.

Berkenaan dengan acara kayuhan santai berkenaan, Khairy berkata, ia merupakan platform terbaik untuk memupuk minat dalam sukan berbasikal selain yakin Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi jaguh acara itu di peringkat dunia berdasarkan perkembangan semasa sukan tersebut ketika ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain