Pada perlawanan di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhashani itu, India menyumbat enam gol masing-masing oleh Akashdeep Singh pada minit ke-14, Harmanpreet Singh (m-19), Uthappa Sannuvanda, Gurjant Singh (m-33), Sunil Sowmarpet (m-40) dan Sardar Singh (m-59).

Sementara skuad negara memperoleh dua gol menerusi kapten Razie Rahim pada minit ke-50 dan Ramadan Rosli (m-59).

Skuad bimbingan Stephen van Huizen berdepan misi wajib menang ke atas perlawanan terakhir peringkat Super 4 menentang Korea Selatan esok dalam usaha meloloskan diri ke pentas akhir Ahad ini, sekali gus berpeluang bergelar juara Asia buat kali pertama.

Untuk rekod, Malaysia pernah menundukkan juara bertahan itu pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B, Sabtu lalu.- UTUSAN ONLINE