Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Gold Coast, Australia sebentar tadi, Scotland mendahului melalui jaringan Alan Forsyth (min 10, gol padang).

Gol-gol Malaysia disumbangkan oleh Shahril Saabah (min. 20, GP) dan Amirol Arshad (min. 38, PK).

Keputusan ini sekali gus memperbaiki pencapaian empat tahun dahulu di Glasgow, Scotland apabila skuad negara hanya mampu berada di tangga ketujuh keseluruhan, termasuk tewas kepada negara bukan tradisi hoki, Trinidad & Tobago pada peringkat kumpulan. - UTUSAN ONLINE