Muhammad Dharma Raj Abdullah
Muhammad Dharma Raj Abdullah

Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen berkata, biarpun pasukan Malaysia mempunyai ranking dunia jauh lebih baik berbanding pasukan perserta KL2017 lain namun dia tidak mahu memandang mudah ancaman lawan.

Tambah Van Huizen, pemain perlu menjadikan setiap perlawanan sebagai aksi hidup mati biarpun sedar Malaysia mempunyai keupayaan meraih kemenangan.

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) meletakkan sasaran empat pingat emas dalam empat acara yang dipertandingkan.

Empat acara tersebut ialah hoki padang lelaki dan wanita serta hoki dalam dewan lelaki dan wanita.

Sementara itu, jurulatih skuad hoki wanita, Muhammad Dharma Raj Abdullah bersependapat dengan rakannya iaitu, Malaysia perlu berhati-hati walaupun bermain di laman sendiri.

“Secara keseluruhannya pasukan negara adalah yang terbaik di Asia Tenggara, namun kami tidak memandang rendah keupayaan pasukan lain.

“Kami akan bermain seperti biasa dan saya akan memberikan persembahan terbaik,” katanya.