Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Segerakan kemasukan hoki ke dalam Program Podium

TAHNIAH Mat ucapkan kepada skuad hoki kebangsaan kerana berjaya melayakkan diri secara merit ke Piala Dunia 2018 selepas muncul empat pasukan terbaik dalam sai­ngan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, minggu lalu.

Mat Sport
 

Kejayaan itu membuktikan bahawa pasukan negara memiliki kemampuan untuk beraksi di peringkat tertinggi dan Mat percaya pencapaian mereka masih boleh diperbaiki menerusi sistem sokongan yang lebih komprehensif.

Dalam isu ini, Mat mencadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) segera mempertimbangkan kemasukan skuad hoki lelaki negara ke dalam Program Podium.

Program Podium adalah inisiatif jangka panjang yang disusun rapi untuk memastikan atlet negara mencapai kecemerlangan di pentas dunia termasuk pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menerusi pendekatan ini, skuad hoki negara berpeluang untuk mendapatkan pendedahan yang lebih luas selain memastikan kecemerlangan mereka dapat diteruskan secara konsisten.

Program Podium ini jelas dapat membantu Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) terutama dari segi mengurangkan kos perbelanjaan pasukan khususnya ketika menyertai kejohanan-kejohanan utama di negara-negara Eropah.

Mat melihat, seandainya ho­ki lelaki dimasukkan ke dalam Program Podium, pemain berpeluang untuk te­rus mendapatkan pendedahan di luar negara bagi memantapkan permainan mereka.

Menerusi pendekatan itu, mereka dapat mempelajari lebih banyak perkara termasuk meningkatkan disiplin permainan, tahap kecergasan, strategi permainan dan banyak perkara lain yang boleh menaikkan kualiti mereka sebagai sebuah pasukan.

Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberitahu, Jawatan­kuasa Penilaian Program Podium akan membuat pertimbangan selepas berakhirnya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan perkara itu Mat lihat sebagai sesuatu yang sangat positif.

Konsep pintu terbuka yang diamalkan ini diyakini akan menjadikan lebih ramai atlet mahu memberikan yang terbaik bagi membolehkan mereka menempatkan diri di dalam program berstatus elit ini.

Seandainya diterima ma­suk, Mat harap pasukan hoki negara akan menjadi antara pasukan yang lima terbaik dunia pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain