Kebanyakan daripada pemain yang diumumkan oleh Program Podium itu adalah antara mereka yang membantu Malaysia meraih tempat kedua dalam kempen Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh, Oktober lalu.

Dalam senarai tersebut turut menyaksikan penyerang, Firhan Ashari kembali semula ke pangkuan pasukan kebangsaan selepas tidak beraksi dalam dua kejohanan utama baru-baru ini iaitu Sukan SEA 2017 dan Piala Asia 2017 berikutan masalah kecederaan.


Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Stephen Van Huizen berkata, semua 24 pemain tersebut adalah antara mereka yang terbaik sekali gus berharap nama-nama terpilih mengalas tanggungjawab dengan sebaiknya selain memanfaatkan peluang diberikan.

“Ini adalah nama yang telah diberikan oleh pihak kami dan mereka Program Podium telah menerima semua 24 pemain tersebut.

“Semua 24 pemain itu sudah berada dalam kem latihan skuad kebangsaan sebelum ini malah mereka juga akan mengalas tugas untuk pelbagai kejohanan besar pada tahun depan.

“Sekiranya ada dalam kalangan mereka mengalami kecederaan sepanjang tempoh berada dalam Program Podium, pemain berkenaan akan diberikan rawatan oleh pakar-pakar sehingga pulih kembali dan bukannya disingkirkan dengan begitu mudah,” katanya ketika ditemui pemberita di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil, hari ini.

Dalam pada itu, Stephen turut memberitahu ada empat lagi tambahan pemain disenaraikan oleh skuad kebangsaan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan 24 pemain Program Podium sedia ada.

Bagaimanapun elaun empat pemain tambahan tersebut tidak dibayar oleh pihak Program Podium cuma akan mengikuti latihan dan kejohanan yang sama sahaja.

“Empat pemain tambahan tersebut ialah Sufi Ismat Rohulamin (tengah), Najib Abu Hassan (pertahanan), Ashran Hamsani (tengah) dan Luqman Nul Hakim Ahmad Syukran (tengah).

“Ada antara mereka dipanggil semula dan saya harap peluang diberikan untuk berada dalam senarai tambahan empat pemain tersebut dimanfaatkan dengan baik,” kata Stephen.

Program Podium akan memulakan segala perancangan mereka pada 1 Januari 2018 dengan tumpuan diberikan kepada dua temasya besar tahun depan iaitu Sukan Komanwel 2018 dan Sukan Asia 2018. - UTUSAN ONLINE

Senarai 24 pemain skuad hoki dalam Program Podium 2018

Penjaga gol

S.KUMAR

HAFIZUDDIN OTHMAN

MOHAMAD HAIRI ABD. RAHMAN

Pertahanan

RAZIE ABD. RAHIM

MOHAMAD SUKRI ABDUL MUTALIB

IZAD HAKIMI JAMALUDDIN

SYED MOHAMAD SYAFIQ SYED CHOLAN

MUHAMMAD NAJMI FAIZAL JAZLAN

FAIZ HELMI JALIL

Tengah

MEOR MUHAMAD AZUAN HASAN

MOHD. FITRI SAARI

MUHAMMAD MARHAN MOHD. JALIL

NABIL FIQRI MOHD. NOOR

JOEL SAMUEL VAN HUIZEN

MUHAMMAD AZRI HASSAN

MUHAMAMD AMIROL AIDEED MOHD. ARSHAD

Penyerang

FIRHAN ASHARI

FAIZAL SAARI

MUHAMMAD HAZIQ SAMSUL

TENGKU AHMAD TAJUDDIN TENGKU ABDUL JALIL

NIK MUHAMMAD AIMAN NIK ROZEMI

MUHAMMAD SHAHRIL SAABAH

RAMADAN ROSLI

NOR SYAFIQ SUMANTRI