Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pertahan gelaran kali ketujuh

Pasukan pemain hoki wanita negara meraikan kejayaan selepas menewaskan
Pasukan pemain hoki wanita negara meraikan kejayaan selepas menewaskan Thailand dalam perlawanan akhir hoki wanita, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Skuad hoki wanita negara menepati ramalan mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA Ke-29 selepas menewaskan Thailand dalam saingan akhir de­ngan keputusan 2-0 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Ini juga adalah gelaran kali ketujuh berturut-turut diraih skuad wanita dalam kempen Sukan SEA sejak 1997 di Jakarta.

Jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata, kemenangan tersebut adalah sesuatu yang mengembirakan kerana berjaya dapat menyumbang pingat emas buat Malaysia.

“Kami terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kemenangan kerana Thailand beraksi dengan baik hari ini.

“Saya berpuas hati dengan persembahan dipamerkan oleh pemain wanita negara dan pujian juga wajar diberikan kepada mereka,” katanya.

Dalam perlawanan tersebut Malaysia dan Thailand mempamerkan rentak permainan seimbang sebelum berupaya mendapatkan jaringan ketika suku keempat.

Penyerang skuad hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn meledak gol pertama hasil jaringan padang minit ke-46 dan seminit selepas itu Nuraini Abdul Rashid menjadikan kedudukan 2-0 seminit menerusi pukulan sudut penalti.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain