Dalam perlawanan tersebut pasukan ranking kedua dunia, Argentina dilihat seakan sukar memberikan saingan kepada barisan pemain muda Perancis yang ketika ini menghuni kedudukan ke-20 dunia.

Keputusan perlawanan itu juga adalah antara kejutan terbesar dalam kempen Piala Dunia kali ini.

Jurulatih Perancis, Jeroen Delmee percaya pasukannya mempunyai penyudah yang lebih tajam berbanding pasukan lawan dan itu menjadi kelebihan buat mereka ketika menewaskan Argentina.

“Jika anda berusia 19 tahun dan terus bermain sebegini pastinya anda akan terus menjadi lebih baik,” kata Delmee. - AGENSI