Lebih 40 pelajar yang terpilih hadir di sesi bertemu skuad hoki kebangsaan sebagai tanda sokongan kepada menjelang aksi pembukaan menentang Brazil di Stadium Nasional, Hoki Bukit Jalil, esok.

Peminat terdiri daripada pelajar berusia 13 dan 14 tahun juga sempat untuk beramah mesra, mengambil gambar kenangan atau swafoto serta mendapatkan tanda tangan daripada pemain sebagai kenangan.

“Sesi ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang serta menaikkan semangat kepada pemain hoki kebangsaan sebelum beraksi tiga hari lagi.

“Kami turut memberi sokongan dan mengharapkan skuad kebangsaan mencapai keputusan yang baik. Kami juga berharap penyokong hadir untuk memberi sokongan penuh kepada skuad hoki kebangsaan,” kata Pengurus Pemasaran Sukan dan Pengaktifan, F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Engku Isyamuddin Tuan Losin.

100Plus dipilih sebagai pembekal kebangsaan untuk kejohanan Siri Akhir FIH, yang mana minuman isotonik 100Plus dan air mineral Ice Mountain akan dibekalkan kepada pemain serta pegawai pertandingan.

Pemain khususnya berpeluang untuk menikmati 100Plus yang akan membantu mengelakkan proses dehidrasi serta memberikan yang terbaik ketika pertandingan. - UTUSAN ONLINE