Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peluang Malaysia hidup semula

MUHAMMAD RAZIE ABDUL RAHIM (kanan) meraikan jaringannya bersama
MUHAMMAD RAZIE ABDUL RAHIM (kanan) meraikan jaringannya bersama Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil ketika menentang Korea Selatan dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan Liga Hoki Dunia di London semalam. Malaysia menang 1-0. GAMBAR FIH

KUALA LUMPUR 20 Jun - Jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen menarik nafas lega apabila Malaysia Tigers berjaya meraih kemenangan pertama dengan menumpaskan Korea Selatan 1-0 dalam perlawanan Kumpulan A, Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di London hari ini, sekali gus menghidupkan peluang ke Piala Dunia 2018.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Muhammad Razie Abdul Rahim menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-35.

Kemenangan pertama itu membolehkan skuad kebangsaan berada di anak tangga ketiga dengan tiga mata selepas tiga perlawanan untuk menghampiri suku akhir dalam kejohanan di Queen Elizabeth Olympic Park, London itu.

Menurut Stephen, kemenangan tersebut memang dinantikan oleh pasukannya kerana mereka sedar kekalahan kepada Korea Selatan bakal menutup terus peluang untuk ke suku akhir kejohanan, sekali gus melupakan hasrat beraksi dalam Piala Dunia 2018 di India.

“Kedua-dua pasukan menunjukkan semangat bersaing yang tinggi dalam perlawanan ini dan akhirnya kami berjaya meraih kemenangan walaupun menerima banyak kad dalam perlawanan kali ini.

“Sekarang, kami perlu bersiap sedia untuk perlawanan seterusnya menentang China. Misi kami adalah mencatat kemenangan bagi menjamin tempat ke suku akhir.

“Buat masa ini tiket suku akhir masih belum selamat, terutama jika Korea Selatan berjaya meraih kemenangan ke atas England dalam perlawanan terakhir kumpulan,” kata Stephen.

Kekalahan kepada Malaysia hari ini menjadikan Korea Selatan satu-satunya pasukan yang belum meraih sebarang mata selepas tamat tiga perlawanan Kumpulan A.

Skuad Malaysia Tigers tewas dalam dua perlawanan pertama mereka selepas tunduk 2-5 kepada juara Olimpik, Argentina Jumaat lalu, diikuti kekalahan 3-7 kepada England sehari selepas itu.

Seandainya Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan tempat ketiga dalam saingan Kumpulan A, mereka dijangka berdepan India atau Belanda dalam suku akhir.

Sementara itu China yang mencipta kejutan ke atas pasukan yang pernah menjadi gergasi Asia, Korea Selatan kelmarin menerima pengalaman pahit apabila dibelasah oleh pasukan No.1 dunia Argentina 10-0 dalam satu lagi perlawanan.

Keputusan itu jelas menunjukkan betapa luasnya jurang kualiti permainan antara juara Olimpik dari Amerika Selatan itu dengan pasukan yang berada di ranking lebih rendah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain