Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peillat ranapkan impian Malaysian Tigers

GONZALO PEILLAT (kanan) meraikan kejayaan menghasilkan jaringan
GONZALO PEILLAT (kanan) meraikan kejayaan menghasilkan jaringan bersama rakan sepasukan ketika membantu Argentina menewaskan Malaysia 5-2 dalam Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Jun - Gonzalo Peillat menjadi watak utama ketika membantu Argentina menundukkan skuad hoki kebangsaan 5-2 dalam aksi pertama Kumpulan A, Separuh Akhir Liga Hoki Dunia yang berlangsung di London, hari ini.

Peillat yang merupakan pakar pukulan sudut penalti berjaya meledak empat gol menerusi kemahiran yang dimilikinya sekali gus melebur impian Malaysian Tigers untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Ketua jurulatih negara, Stephen Van Huizen berkata, pasukan bimbingannya sudah menampilkan aksi terbaik untuk mengekang pergerakan Peillat namun pemain itu cukup cemerlang ketika menyempurnakan pukulan sudut penalti.

“Saya melihat persembahan ini agak baik secara keseluruhannya kerana kita terus berjuang hingga minit terakhir.

“Yang membezakan kita ialah, Argentina memiliki pakar pukulan sudut penalti dan pujian seharusnya diberikan kepada mereka kerana berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Peillat membuka jaringan seawal minit keempat menerusi pukulan sudut penalti sebelum penyerang negara Shahril Saabah menyamakan kedudukan hasil gol padang tiga minit kemudian.
Peillat meletakkan Argentina di depan sekali lagi minit ke-11 tetapi Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil kembali menyamakan kedudukan untuk Malaysia minit ke-18 menerusi gol padang.

Kedudukan 2-2 tidak bertahan lama selepas Peillat meledak gol lagi minit ke-40 dan 47 untuk kedudukan semasa 4-2 sebelum Facundo Callioni melengkapkan kemenangan Argentina apabila menyumbang gol kelima minit ke-49 hasil jaringan padang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain