Perlawanan Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL 2019) yang berlangsung di Stadium Hoki Tengku Abdullah (SHTA), Bangi itu menyaksikan UniKL tidak berdepan masalah bagi mendapatkan tiga mata penuh dan ia juga adalah kemenangan kedua berturut-turut di laman sendiri.

Jurulatih UniKL, Arul Selvaraj berkata, dia amat gembira dengan keputusan tersebut dan memuji persembahan semua pemainnya.

“Saya harus berikan pujian kepada Nur Insafi kerana mereka bermain dengan bersungguh-sungguh serta memberi komitmen tinggi ketika beraksi.

“Jika mereka mempamer aksi yang sama seperti hari ini, ia pasti akan menyukarkan pasukan lain.  

“Apapun yang penting ialah kami dapat meraih tiga mata penuh dan saya harap pemain dapat meneruskan aksi konsisten dalam perlawanan seterusnya,” kata Arul.

Dalam perlawanan tersebut gol awal dijaringkan pemain Nur Insafi, Ismail Abu pada minit kelapan.

Tiga gol UniKL hadir pada minit ke-18 hasil jaringan Robert Kemperman sebelum Marhan Jalil dan Faridzul Arif Mohd meledak gol masing-masing pada minit ke-49.- UTUSAN ONLINE