Malaysia akan menentang Belanda dalam aksi sulung Kumpulan D Piala Dunia 2018 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.

Berdasarkan 33 pertemuan dengan pasukan ranking No.4 itu, skuad negara yang menghuni tangga ke-12 dunia hanya mampu meraih tiga kemena­ngan.

Dalam kempen di Bhubaneswar, Belanda akan menggunakan sepenuhnya khidmat pakar pukulan sudut penalti mereka Jeroen Dolf Hertzberger.

Hertzberger cukup dikenali Marhan kerana mereka adalah rakan sepasukan dalam Liga Hoki Malaysia (MHL) bersama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) musim ini.

“Semasa bersama UniKL kebanyakan gol kami dijaringkan Hertzberger dan dia telah meledak 12 gol untuk musim ini.

“Sebagai pelari pertama negara, saya sedia korbankan badan ini untuk menyekat pukulan sudut penalti Belanda dan sudah pasti Hertzberger akan menjadi sandaran utama pasukannya,” kata Marhan.