Keputusan seri itu menyebabkan Malaysia berada di tangga keempat berkongsi satu mata dengan Pakistan di kedudukan ketiga dengan kelebihan jaringan.

Ini bermakna sekiranya Malaysia yang menghuni ranking 12 dunia mahu melepasi aksi peringkat kumpulan maka misi getir harus dilaksanakan iaitu mengikat pasukan No.6 dunia, Jerman untuk mendapatkan satu mata dalam aksi terakhir pada Ahad ini.

Dalam masa sama Malaysian Tigers juga harus mengharap Pakistan gagal mendapatkan sebarang mata sewaktu menentang Belanda.

Berdasarkan format kejohanan, tiga pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke pusingan seterusnya. - UTUSAN ONLINE