Bagaimanapun perlawanan persahabatan antarabangsa itu sedikit tegang ketika Malaysian Tigers mengikat kedudukan 1-1 yang membabitkan penjaga gol Argentina, Juan Vivaldi dan penyerang negara Faizal Saari, namun perlawanan kembali bersambung beberapa minit selepas kejadian tersebut.

Turun selaku antara pasukan terbaik dunia, Argentina tidak menampakkan tanda kepenatan walaupun mengharungi perjalanan jauh dengan meraih jaringan menerusi sentuhan Lucas Villa pada minit ke-19 dan 48 dan Gonzalo Peillat (m-46).

Sementara itu gol Malaysia pula diledakkan oleh Nik Aiman Nik Rozemi (m-31) dan Azri Hassan (m-60).

Skuad bimbingan Stephen Van Huizen akan beraksi dalam satu lagi aksi persahabatan menentang lawan yang sama, esok sebelum memutuskan senarai 18 pemain terakhir yang bakal menggalas tanggungjawab mengharungi Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh bermula Sabtu ini.

Selain Malaysia, pasukan lain yang turut beraksi dalam saingan edisi ke-27 itu adalah Australia, Britain, India dan Ireland. - UTUSAN ONLINE