Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia wajar contohi Blue Samurai

MALAYSIA menamatkan kempen Piala Sultan Azlan Shah 2017 di tempat kelima dan pencapaian tersebut harus menjadi pembuka mata buat skuad kebangsaan berikutan masih berdepan masalah penyudah yang tumpul berbanding pasukan tercorot Blue Samurai.

Mirnawan Nawawi
Mirnawan Nawawi

Berdasarkan statistik jaringan keseluruhan skuad kebangsaan sepanjang kejohanan tersebut Malaysia Tigers hanya mampu mengumpul enam gol malah jumlah tersebut lebih rendah andai dibandingkan dengan jaringan diperoleh pasukan di tempat keenam kejohanan di Ipoh iaitu Jepun yang telah meledak 13 gol.

Jepun yang menghuni ranking ke-16 dunia iaitu dua tangga di bawah Malaysia telah mempamerkan peningkatan aksi luar biasa dalam kejohanan di Ipoh terutama apabila berupaya menewaskan pasukan No. 2 dunia, Australia selain hampir memalukan gergasi No. 1 Asia, India.

Prestasi dan semangat tinggi dipamerkan oleh Jepun harus dijadikan contoh terbaik buat pasukan kebangsaan yang akan menghadapi kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London bulan depan tambahan pula ia akan menjadi medan memburu kelayakan ke Piala Dunia 2018.

Sepanjang aksi di Ipoh, skuad hoki kebangsaan dilihat masih bergelut bagi mendapatkan jaringan terutama menerusi pukulan sudut penalti.

Malah aksi menentang New Zealand menjadi bukti jelas penyudah Malaysia Tigers masih lemah berikutan gagal memanfaatkan tujuh pukulan sudut penalti dengan baik bagi mendapatkan jaringan sehingga menyebabkan skuad kebangsaan tewas tipis 0-1 kepada Black Sticks.

Malaysia Tigers mungkin perlu lebih kreatif ketika aksi pukulan sudut penalti selain harus berani mengambil risiko melakukan lebih banyak set piece berbanding direct flick.

Bagaimanapun, pujian wajar diberikan kepada jentera pertahanan negara yang dilihat melaksanakan tugas sepanjang aksi Piala Sultan Azlan Shah 2017 dengan cemerlang.

Barisan pemain pertahanan yang dimiliki skuad kebangsaan dalam aksi di Ipoh mungkin boleh dipertimbangkan bagi terus kekal memikul tugas bersama skuad kebangsaan di London bulan depan kerana mereka boleh dianggap telah lulus ujian sepanjang kempen Piala Sultan Azlan Shah.

Jentera pertahanan negara telah mempamerkan peningkatan positif terutama selepas Malaysia Tigers tewas 1-6 kepada Australia dalam aksi perlawanan kedua liga sepusingan Piala Sultan Azlan Shah 2017.

Peningkatan paling jelas dapat dilihat di bahagian pertahanan skuad kebangsaan ialah ketika aksi menentang Great Britain, New Zealand dan India.

Malah legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi turut memuji aksi dipamerkan barisan pemain di bahagian pertahanan negara.

“Kejohanan ini amat bagus buat pasukan kebangsaan kerana jurulatih dapat melihat di mana kedudukan pasukan dan apa perlu diperbaiki,” kata Mirnawan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain