Dalam perlawanan tersebut gol tunggal skuad kebangsaan dijaringkan oleh Faizal Saari pada minit ke-33.

Sementara lima gol India diperoleh menerusi Shilanand Lakra pada minit ke-10, Gurjant Singh minit ke-42 dan ke-57, Sumit Kumar pada minit ke-48 dan Ramandeep Singh pada minit ke-51.

Selepas ini Malaysia harus mendapatkan kemenangan ke atas England pada Jumaat ini andai mahu melangkah ke saingan akhir kejohanan di Ipoh.

Semalam skuad kendalian Stephen Van Huizen berjaya menamatkan kemarau selama 26 tahun tanpa kemenangan ke atas skuad Los Leones dengan kemenangan 2-1.

Kali terakhir Malaysia melakar kemenangan ke atas pasukan Amerika Selatan pada Sukan Olimpik 1992 dengan kemenangan 5-4. - UTUSAN ONLINE