Dalam perlawanan tersebut tiga gol Argentina dijaringkan oleh Juan Lopez pada minit pertama hasil gol padang dan pukulan sudut penalti daripada Gonzalo Peillat pada minit ke-11 sebelum kapten, Pedro Ibarra menjadikan kedudukan 3-2 hasil pukulan sudut penalti minit ke-49.

Dua gol skuad kebangsaan diraih menerusi Joel Van Huizen pada minit ke-24 hasil gol padang dan pukulan sudut penalti daripada Faizal Saari pada minit ke-27.

Tempat keempat yang diraih Malaysia Tigers ini memperbaiki pencapaian tempat kelima pada tahun lepas. - UTUSAN ONLINE