Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia selangkah ke Piala Dunia

PEMAIN Malaysia, Mohd. Haziq Shamsul  (depan) cuba melepasi halangan
PEMAIN Malaysia, Mohd. Haziq Shamsul (depan) cuba melepasi halangan pemain China ketika kedua-dua negara bertemu dalam aksi Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, semalam. IHSAN FIH

KUALA LUMPUR 21 Jun - Berdasarkan kiraan matematik, peluang Malaysia untuk ke Piala Dunia 2018 di India kini 50 peratus selepas mengesahkan tiket suku akhir kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) 2017 di London dengan menewaskan China 5-1 dalam aksi terakhir Kumpulan A, hari ini.

Malaysia akan mengesahkan tiket Piala Dunia jika berjaya mengalahkan India dalam suku akhir esok, namun jika tewas dalam perlawanan itu, pasukan negara perlu menamatkan cabaran di tangga kelima dalam aksi klasifikasi 5-8, selain perlu menunggu kekosongan daripada kejohanan peringkat benua (Eropah, Asia, Afrika, Oceania dan Pan Amerika).

Ketua Jurulatih Malaysia, Stephen van Huizen berkata, semua pemain telah mempamerkan aksi terbaik ketika menentang China kerana pasukan hanya memerlukan keputusan seri untuk ke saingan suku akhir.

“Kita tidak jangka menang dengan keputusan 5-1 dan dapat dilihat semua pemain beraksi dengan tenang dalam perlawanan hari ini.

“Sekarang kami sudah menempah slot ke suku akhir menentang India yang pastinya mahu menewaskan kita nanti.

“Biarpun pasukan pernah menewaskan India dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh Mei lalu namun saya percaya lawan akan memberikan saingan lebih baik ketika aksi suku akhir.

“Saya juga berkeyakinan pasukan negara mampu melangkah ke saingan separuh akhir kejohanan ini kerana tiada yang mustahil dalam sukan,” kata Stephen.

Lima gol Malaysia dalam perlawanan menentang China dijaringkan oleh Faizal Saari minit kedua dan ke-51, Muhammad Najmi Farizal Jazlan minit ke-12 serta dua gol daripada Muhammad Razie Abdul Rahim minit ke-19 dan ke-27 manakala gol tunggal pasukan lawan diperoleh menerusi Du Talake minit ke-43.

Malaysia Tigers melangkah ke saingan suku akhir selaku pasukan ketiga terbaik Kumpulan A selepas mengumpul enam mata hasil dua kemenangan menentang Korea Selatan dan China.

Juara Kumpulan A menjadi milik Argentina yang berkongsi 10 mata dengan pasukan di tempat kedua England selepas empat perlawanan dan kedua pasukan tersebut dibezakan menerusi kelebihan jaringan.

Dalam aksi suku akhir Malaysia akan menentang India yang juga naib juara Kumpulan B.

Empat pasukan terbaik kejohanan di London akan melangkah layak beraksi dalam Kejohanan Akhir Liga Hoki Dunia 2017 pada Disember ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain