Perlawanan di Padang Hoki Gelora Bung Karno, di sini terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi sebenar.

India berada di hadapan menerusi jaringan sudut penalti Harmanpreet Singh pada minit ke-32 sebelum Faizal Saari menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.

Varun Kumar meletakkan India kembali di hadapan pada minit ke-40 sebelum Muhammad Razie Rahim menyamakan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-58. - UTUSAN ONLINE