Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia dalam keadaan sukar

PEMAIN Malaysia, Muhammad Firhan Ashaari (kanan) cuba merampas
PEMAIN Malaysia, Muhammad Firhan Ashaari (kanan) cuba merampas bola daripada pemain England, Liam Sanford dalam perlawanan Kumpulan A, Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London semalam. Gambar FIH

KUALA LUMPUR 18 Jun – Tuan rumah England meletakkan skuad negara di bawah tekanan besar apabila membelasah anak buah Stephen Van Huizen 7-3 dalam kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) 2017 di London awal pagi tadi.

Dengan itu bermakna Malaysia Tigers tiada pilihan lain dalam perlawanan seterusnya selain daripada mendapatkan kemena­ngan besar apabila bertemu sama ada Korea Selatan atau China.

Kekalahan kedua daripada dua perlawanan dalam Kumpulan A itu menyaksikan skuad negara berada di anak tangga kelima tanpa sebarang mata. Malaysia kalah kepada Argentina 5-2 dalam perlawanan sulungnya.

Stephen berkata, baki dua perlawanan di peringkat awal selepas ini amat penting kepada pasukannya kerana bakal menjadi penentu sama ada misi mereka untuk ke Piala Dunia 2018 akan berjaya atau tidak.

“Dalam perlawanan menentang Argentina dan England memang kami jangka saingan amat sukar namun saya tidak jangka kalah dengan perbezaan jaringan sebegini.

“Apa yang telah berlaku biarlah berlaku dan pasukan harus fokus kepada baki perlawanan menentang Korea Selatan dan China selepas ini.

“Bagi kami menentang Korea Selatan dan China umpama perlawanan akhir untuk pasukan kebangsaan andai mahu melangkah ke saingan suku akhir, tambahan pula ketika ini perbezaan jaringan juga harus diambil kira,” katanya.

Malaysia dijadual menentang Korea Selatan pada awal pagi esok dan bertemu China sehari selepas itu.

Ketika ini hanya Malaysia dan Korea Selatan sahaja masih belum meraih kemenangan manakala China sudah meraih tiga mata apabila mencipta kejutan menewaskan Korea Selatan 5-2 semalam.

Mengikut format perlawanan, dua pasukan terbaik masing-ma­sing dari Kumpulan A dan B akan melangkah ke suku akhir.

Ini bermakna Malaysia harus mendapatkan sekurang-kurang­nya satu kemenangan dengan jaringan besar andai mahu berada dalam kelompok empat terbaik Kumpulan A sekali gus melangkah ke saingan suku akhir sekali gus menghampiri pusingan akhir Piala Dunia 2018.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain