Itu pandangan peribadi ketua jurulatih, Roelant Oltmans yang beranggapan Malaysia mempunyai keupayaan selain memiliki pemain berkualiti.

Tambah Oltmans, dia sendiri meletakkan sasaran untuk muncul juara kejohanan berprestij di India itu biarpun ia dilihat tidak realistik namun jika Malaysia berjaya menghadapi segala cabaran dengan baik selain tuah sentiasa memihak skuad kebangsaan maka tiada yang mustahil.

“Realistik atau tidak itu bergantung kepada persepsi masing-masing dan saya juga berpendapat menamatkan aksi dalam kelompok 10 terbaik dalam Piala Dunia juga bukan sesuatu yang mustahil.

“Malaysia mempunyai pemain yang boleh bermain hoki dengan baik namun jika mahu menjadi lebih realistik maka kita harus berusaha melepasi aksi peringkat kumpulan yang saya lihat amat mencabar,” kata Oltmans selepas mengumumkan senarai 18 pemain negara ke Piala Dunia 2018 di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE