Penyerang, Muhajir Abd. Rauf muncul wira skuad remaja kebangsaan apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-58 menerusi gol padang.

Malaysia perlu menunggu keputusan akhir perlawanan antara Australia dan New Zealand bagi mengetahui siapa lawan mereka bagi perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam.

Dalam perlawanan terdahulu, Great Britain menewaskan juara dua kali, India 3-2 dalam perlawanan terakhir pusingan awal bagi menempah tiket ke perlawanan akhir, mengulangi pencapaian tahun lalu.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan akhir Piala Sultan Johor, esok. - UTUSAN ONLINE