Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Liga Hoki Dunia: Malaysia ke separuh akhir

RASHID BAHAROM (kanan) menjaringkan gol kelima Malaysia ketika
RASHID BAHAROM (kanan) menjaringkan gol kelima Malaysia ketika menentang Sri Lanka pada Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, hari ini.

KUALA LUMPUR 9 Mac - Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia selepas membenam Sri Lanka 5-2 di Dhaka, Bangladesh, hari ini, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah.

Turun sebagai pasukan No. 13 dunia, Malaysia nyata bukan tandingan Sri Lanka, yang berada di ranking ke-41 apabila memulakan pesta gol di Stadium Hoki Moulana Bhasani seawal minit kesembilan menerusi jaringan padang Muhamad Ramadan Rosli.

Bagaimanapun, Sri Lanka mengejutkan anak-anak buah Stephen van Huizen apabila berjaya menyamakan kedudukan lima minit kemudian hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh K. Nalantha.

Tersentak dengan gol penyamaan tersebut, jentera serangan Malaysian Tigress menggandakan asakan dan berjaya menghasilkan tiga gol padang berturut-turut menerusi Tengku Ahmad Tajuddin pada minit ke-18, diikuti jaringan Ramadan (minit ke-22) dan Aiman Nik Rosemi pada minit ke-23.

Ketinggalan 1-4 tidak mematahkan semangat Sri Lanka untuk mengejar Malaysia dan pasukan itu akhirnya merapatkan jurang menerusi D. Ishanka, juga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-27.

Namun begitu, sebarang usaha lawan untuk bangkit musnah selepas Malaysia tidak menunggu lama untuk menjarakkan kedudukan menerusi Rashid Baharom pada minit ke-29.

Pasukan negara yang memenangi semua tiga perlawanan peringkat kumpulan kini akan berdepan pemenang di antara tuan rumah, Bangladesh atau Mesir dalam separuh akhir. Satu lagi saingan suku akhir hari ini menyaksikan China membelasah Fiji 17-0.

Dua pasukan yang berjaya melayakkan diri ke final di Dhaka bakal beraksi dalam Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Johannesburg, Afrika Selatan pada 9-23 Jun ini.

Kejohanan di Johannesburg merupakan pentas untuk memburu tiket ke Piala Dunia 2018 di di Bhubaneswar, India. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain