Bintang New Zealand berusia 19 tahun itu mendapat par 72 di lapangan Kelab Golf Aviara di Carlsband, California tetapi keputusan itu tidak cukup untuk dia melayakkan diri ke persaingan hujung ming­gu.

Ko sekadar merekodkan 74 pukulan, dua di atas par dalam pusingan pertama. Dengan had kelayakan ditetapkan pada satu di atas par, Ko gagal ke pusingan ketiga kerana melakukan lebih satu pukulan ekoran kesilapannya melakukan dua bogey di tiga lubang terakhir.

“Saya berada di kedudukan yang baik tetapi saya menamatkan persaingan dalam keadaan buruk. Saya terlepas dua putt dari jarak dekat di lubang ke-16 dan 17 dan jelas sekali tiga putt di lubang ter­akhir.

“Tiada apa yang boleh saya lakukan. Saya sudah melakukan yang terbaik, harap saya dapat memperbaiki perma­inan selepas ini,” katanya.

Kerr berkongsi kedudukan pendahulu bersama Mo Martin dan Chun In Gee tetapi pemain Korea Selatan itu menarik diri daripada kejohanan itu.

Dia memulakan persaingan di sembilan lubang kedua dan mendahului dengan ke­lebihan tiga pukulan sebelum melakukan sedikit kesilapan. – AFP