Gol tunggal itu hadir menerusi Syamim Yusof yang bijak menampan bola masuk menewaskan penjaga gol TNB, S Kumar pada minit terakhir perlawanan.

Bekalan 1-0 daripada KLHC, yang baharu muncul selaku juara Liga Perdana bagaimanapun masih berupaya diatasi TNB apabila masing-masing bertemu dalam aksi timbal balik, Jumaat ini.

“Kami tidak bermain dengan baik hari ini. Beberapa pergerakan tidak lancar seperti kebiasaan dalam perlawanan sebelum ini.

“TNB sentiasa memberikan tentangan hebat kepada kami. Mereka mempunyai pemain berkualiti dengan semangat juang yang tinggi.


“Mendahului 1-0 adalah satu keputusan positif, namun satu gol masih belum melegakan kami kerana dalam hoki, apa sahaja boleh berlaku,” kata kapten KLHC, Sukri Abdul Mutalib merujuk kepada kemenangan tipis tersebut.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir pertama, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Terengganu Hockey Team (THT) masing-masing terpaksa akur dengan keputusan seri 4-4.- UTUSAN ONLINE