Lebih manis kejayaan tersebut menamatkan kemarau tiga tahun KLHC tanpa kejuaraan liga dengan kali terakhir meraihnya pada 2013.

Kemenangan itu juga membolehkan KLHC kekal menamatkan aksi liga musim ini dengan rekod tanpa kalah sepanjang 14 perlawanan musim ini.

Pada perlawanan tersebut tiga gol KLHC diperolehi menerusi Dedy Aryadi Jumaidi minit ketujuh, Nabil Fiqri Mohd. Noor minit ke-43 dan Anton Poul Fritz Ebeling minit ke-60.

Dua gol THT pula dijaringkan oleh Jang Jonghyun pada minit kesembilan serta Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-51. - UTUSAN ONLINE