Kemperman yang membantu Belanda muncul naib juara hoki Piala Dunia 2018 berkata, dia amat kagum dengan peningkatan positif UniKL berikutan berjaya berada di tangga kedua liga selepas lima saingan berlangsung.

Ketika ini UniKL telah me­ngumpul 13 mata ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Saya tidak akan membenarkan kami terus berada di kedudukan kedua. Kami makin mendapat rentak malah kami juga semakin kuat dari segi mental kerana apabila ketinggalan kami berupaya untuk bangkit mengejar.

“Saya juga menaruh kepercayaan terhadap pasukan ini dan kami akan terus meningkat dari satu perlawanan ke perlawanan tambahan pula saingan liga masih panjang,” kata Kemperman.

Pada Jumaat ini, UniKL dija­dual menentang pasukan tangga keempat liga, Maybank di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi. Seandainya UniKL dapat meraih kemenangan ke atas Maybank, maka, kelab itu berpeluang untuk memintas TNB yang hanya akan beraksi, Ahad ini.