Mana tidaknya, kekalahan 1-3 ditangan Jepun pada pentas final itu dirakam menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 6-6 tamat perlawanan biarpun Malaysian Tiger selepas 5-2 sebelum itu.

Kegagalan itu juga menyebabkan, Malaysia Tiger terlepas peluang untuk merebut tiket automatik ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Presiden Konfedarasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Hoki Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat di sini hari ini.

Subahan berkata, kelukaan itu masih belum terubat sehingga hari ini kerana barisan Malaysian Tiger semamangnya mahu meraih emas.

Menurutnya, itu dibuktikan oleh mereka apabila mempamerkan aksi terbaik sepanjang saingan tersebut.

"Begitupun saya lihat mereka tidak mudah patah semangat, sebaliknya bangkit dengan mempamerkan aksi konsisten setiap kejohanan yang disertai Malaysia Tigers," katanya. - UTUSAN ONLINE